Tuesday, June 22, 2010

Wednesday, January 13, 2010

School's Anthem



Harumkan Nama Sekolah Kita
Jasa Ditabur Pada Negara
Memimpin, Membantu, Mendidik Anak Bangsa
Membentuk Peribadi Yang Mulia

Pantas Dan CergasKuatkan Usaha
Siap Sedia Sepanjang Masa
Nasihat Guru Ingat Sentiasa
Semoga Sekolah Menengah Kepong Berjaya

Kepada Tuhan Kami Pohonkan
Menuju Menara Kejayaan
Semoga Tercapai Impian Dan Harapan
Rukun Negara Menjadi Panduan

Tuesday, January 12, 2010

Sejarah Sekolah



Smk Kepong

Pelan sekolah Sejarah sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong telah bermula sebagai institusi pendidikan pada tanggal 4 Januari 1965 dengan menggunakan premis SRJK (C) Jinjang Utara.
Pada tahun 1967 barulah bangunan baru disiapkan dan mula digunakan dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Kepong dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar.
Sekolah ini terletak 12 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur dengan kedudukan berhampiran dengan Pusat Penyelidikan Perhutanan Kepong (FRIM).
Dengan perlaksanaan Dasar Pelajaran 1979 untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih, Bahasa Malaysia dijadikan bahasa pengantar bagi semua tingkatan dari kelas peralihan hingga ke tingkatan 5 mulai 1980.
Justeru itu semua peperiksaan awam dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.
Seiring dengan dasar ini maka nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Kepong.
Mulai tahun 1999, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong yang dilengkapkan dengan 7 blok bangunan, sebuah kantin, sebuah makmal kemahiran hidup, dan sebuah makmal komputer (siap pada 20 September 2007).
Dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah, pelbagai usaha telah dijalankan mulai tahun 2001, langkah drastik telah diambil untuk penambahbaikan infrastruktur sekolah.
Tandas pelajar di blok B telah dinaik taraf, padang dan pembinaan tembok sepanjang jalan utama Kepong telah dinaiktaraf oleh Majlis Perbandaran Selayang.
Sekolah juga telah membina dua buah wakaf untuk kemudahan pelajar atas pembiayaan wakil Parlimen Selayang Dato Seri Chan Kong Choy. Sekolah turut membina sebuah astaka bagi kemudahan perhimpunan sekolah.
Melalui aktiviti Joghaton, sekolah berjaya mengumpul dana sebanyak RM150 000 pada tahun 2003. Dengan dana yang ada dan sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah telah dicat baru, pemasangan ‘Intercom System’ di seluruh sekolah dan pembelian alat muzik untuk Pasukan Pancaragam Sekolah.
Bilik Media Pelajar turut dibaiki di mana kelengkapan seperti kerusi dan meja baru, pemasangan langsir, pemasangan empat pendingin hawa telah dilaksanakan.
Untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan lebih kondusif, taman-taman dan lanskap disediakan dan laluan ke kantin diperbaharui di samping itu mural turut dilukis disudut bangunan yang strategik. Dalam pengurusan kewangan pula SMK Kepong telah dilantik sebagai Sekolah Pusat Tanggungjawab (PTJ) mulai tahun 2001.
Sistem ESPKB pula akan dimulakan mulai tahun 2008. Penyataan Akaun Beraudit tahun 2001 hingga 2006 bebas dari laporan mesyuarat. Sekolah ini turut dilengkapkan dengan Carta Organisasi, Misi, Visi , Motto, Piagam Sekolah, Falsafah Sekolah, Slogan, Lencana, Bendera, dan Lagu Sekolah.